TENTANG SAHABAT...Mastijah Jamali

 
Di sinilah perkenalan bermula. Suatu tempat yang cukup asing. Diri yang tidak pernah mengenal tentang keasingan dunia selain dari keluarga dan Semenanjung Malaysia. Terdampar lima bersaudara ( Ijan, Kak Roha, Anis, Akmar dan Shantheni) merentas udara Laut China Selatan. Kami menjadi penghuni di desa yang jauh beza budaya dan agama. Namun, takdirnya suratan pertemuan di SK Temiang dengan Cikgu Lela,  Kak Herzemi, Cikgu Dayang, Cikgu Juwana, Teressa, Helen etc all. Paling yang ingin disebutkan di sini, pertemuan dengan Mastijah Jamali. Di sini Mas..pertemuan bermula. Di sini juga ijan berasa kuat dan tidak rasa keseorangan lagi. Detik pertama pertemuan, ijan belajar untuk mengalih rasa keasingan di negeri orang. Mas buat diri kami dikelilingi dan disayangi semua orang. Mengalih rasa rindu pada keluarga dengan kemesraan masyarakat dan keluarga Mas sendiri. Ruang sempit terasa sangat luas dan membahagiakan. Terima Kasih Mas...ijan akan sambung lagi. Masih banyak kenangan yang ingin ijan bagitau Mas.
 



 





Category: 0 comments

WAHAI GB/GPK...TOLONG BACA!!!!


Hujung minggu ini @ 30 September 2012 adalah tarikh tutup permohonan Pengisian DGA32 (KUP) ke DGA32 Hakiki atau ringkasnya kita panggil iGPK32 akan tamat. Iklan ini bertujuan memilih, menapis dan menyaring permohonan mereka yang berada pada gred DGA32 (KUP) dan berminat mengisi jawatan penyelia di PPD, JPN dan sebagai Guru Penolong Kanan di sekolah pada tahun 2013. Ini adalah sesi siri ketiga dilaksanakan apabila proses perlantikan mereka ini diletak di bawah bidang kuasa Pengarah Pelajaran negeri.

Dua siri pemilihan yang lepas kita telah melaksanakan prosidur proses pemilihan yang ketat berasaskan garis panduan yang disediakan oleh KPM namun kita terlepas "segelintir" kumpulan pengurusan sekolah yang tidak mencapai “piawaian” sebagai Guru Penolong Kanan yang sepatutnya. Piawaian yang kita harapkan adalah seorang GPK yang berkemahiran, berpengetahuan, berintegriti tinggi, hormat ketua, hormat rakan sejawat,mempunyai visi dan misi kecemerlangan organisasi, pemimpin yang boleh membantu transform organisasi ke arah yang lebih gemilang dan terbilang.

Malangnya kita menerima maklumbalas pengurusan sekolah dan warga sekolah ada segelintir yang melepasi kelayakan yang dianugerahkan amanah sebagai GPK sangat mendukacitakan. Bukan sahaja tidak cekap mengurus, tidak cekap berkomunikasi tapi bersikap negative,malas mempertingkatkan pengetahuan dan ilmu tetapi juga pencetus hura-hara dalam organisasi, bermulut longkang, rendah degree integritinya dan menyusahkan ramai orang. Kadang-kadang mengunakan nama pegawai di jabatan atau PPD kononnya untuk menghalalkan cara dan tindakan semborono. Justru itulah timbul tuduhan kalangan guru-guru kononnya GPK ini kroni si anu dan si anu seperti terkeluar dalam Bualbicara USR. Walhal pegawai-pegawai yang diguna nama mereka tidak tahu menahupun. Mereka bukan dilantik atau proksi pegawai berkenaan tetapi diluluskan panel peringkat PPD dan JPN.

Memilih GPK adalah memilih Guru Besar untuk masa depan. Justru itu kesilapan memilih GPK akan menyebabkan kesilapan melantik Guru Besar dan bakal menghancurkan reputasi pendidikan di sekolah. Kita mungkin boleh membuat analogi sendiri bahawa segelintir Guru Besar yang bermasalah sekarang adalah lahir daripada GPK masa lalu. Kesilapan besar lagi Guru Besar masa itu ialah menilai prestasi GPK secara sembarangan bukan secara holistik. Terdapat kecenderungan di kalangan sebilangan kita Guru Besar "mengeluarkan" GPK bermasalah dengan memberi prestasi yang baik. Lantas mereka mungkin tersenarai dalam calon tawaran sebagai Guru Besar. Maka berlakulah “tragedi” berpanjangan ini.

Justru itu kita mohon bagi pemilihan siri ketiga ini, agar Guru Besar membuat penelitian yang betul dengan betul permohonan calon mana yang perlu diketengahkan. Tilik taakul secara keseluruhan aspek personaliti calon dari segi perwatakan, sahsiah, kemahiran, pengetahuan, pengalaman supaya calon berkenaan dapat memenuhi kreteria sebenar sebagai pemimpin sekolah. Tanggungjawab Guru Besar di sini amat penting kerana kita adalah penyokong pertama. Pertama akan menentukan kedua, ketiga dan seterusnya. Kita bukan sekadar hendak memilih calon GPK tetapi kita hendak menentukan juga calon Guru Besar pada masa depan yang bakal mengambil alih tempat kita. Kita tentunya tidak rela mewariskan apa yang kita bina dengan jerih-perih kepada mereka yang tidak berupaya dan lemah.

Kita juga mengharapkan pasukan panel PPD akan membuat penelitian yang lebih ketat untuk menyaring dan menapis calon sebelum dikemukakan kepada panel negeri. Kita tidak boleh lagi memandang mudah implikasi jangka panjang yang bakal menimpa akibat kesilapan kecil yang kita buat. Kita kadang-kadang merasa muak dengan karenah yang ditimbulkan sedangkan sesuatu perkara itu amat remeh-temeh.

Kita juga akan mencadangkan kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,KPM supaya bukan sahaja kebenaran untuk melantik dan meluluskan permohonan perletakan jawatan GPKsekarang terletak di bawah bidang kuasa Pengarah Pelajaran negeri tetapi juga menambahsatu lagi kuasa kepada Pengarah Pelajaran Negeri menurunkan pangkat GPK kepada Guru Penolong kepada GPK-GPK yang tidak perform dan bermasalah. Selain kita boleh menggunakan kaedah percubaan selama enam bulan atau setahun. Selain memperkenalkan program mentoring berterusan. Kita yakin dengan cara-cara ini tidak ada lagi segelintir GPK ini menganggap jawatan GPK itu lesen untuk bermegah, berseronok membuli orang lain dan sebagainya tetapi sebagai satu amanah besar yang selalu diauditkemampuannya.

Sementara kepada majoriti sahabat Guru Penolong Kanan yang sentiasa positif dan proaktif gunakan platform GPK anda sebagai peluang untuk mempelajari teknik dan kaedah mengurus sekolah dengan berkesan. Jika suatu masa nanti anda diizinkan Allah menjawat jawatan Guru Besar, anda akan berada di kerusi Guru Besar dengan penuh penghormatan kerana ada sememangnya layak untuk mendudukinya.
 
Petikan dari :http://unitrendahspsjpnt.blogspot.com/2012/09/sembang-sabtu-memilih-bakal-pengurus.html

Category: 0 comments

TENTANG SAHABAT...

 
Mengapa saya suka meletakkan gambar sahabat saya ini. Mungkin anda akan tertanya-tanya, mengapa kebanyakan page saya ada gambar orang yang sama. Itulah kawan saya yang bernama Mastijah Jamali.  Masih teringat sewaktu mula-mula tiba di Daerah Simunjan, Sarawak. Dialah insan yang tampil memberikan kami pertolongan. Dalam kekelaman dan tidak mengenali sesiapa di sini, dia datang memberikan  bekalan makanan. Berlauk telur goreng, sambal tumis udang dan nasi putih, Alhamdulilah..kenyang untuk kami berlima. Kak Roha, Anis, Akmar, Saya dan Shanteni. Kami di tempatkan mengajar di SK Temiang, sebuah sekolah yang rata-ratanya anak-anak berbangsa Iban. Dia memperkenalkan dirinya dan menyatakan dia juga guru yang mengajar di situ. Persahabatan mula terjalin. saya akan bercerita lagi dalam page yang lain...
 






Category: 0 comments

HORMATI IBU BAPA

 
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang…

“Ya ALLAH…
Rendahkanlah suaraku bagi mereka…
Perindahlah ucapanku di depan mereka…
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka…

Ya ALLAH…
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku…
dan Pahala yang besar
atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku…
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku…

Ya ALLAH…
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
jadikanlah itu semua penyebab rontotnya dosa-dosa mereka
dan bertambahnya pahala kebaikan mereka
dengan perkenan-MU ya ALLAH…
hanya ENGKAULAH
yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda…

Ya ALLAH…
Bila magfirah-MU telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka
memberi syafa’at untukku….
Tetapi jika sebaliknya,
maka izinkanlah aku memberi syafa’at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-MU
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-MU,
ampunan-MU serta rahmat-MU…
Sesungguhnya ENGKAUlah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan
ENGKAUlah yang Maha Pengasih di antara semua pengasih…

Amiiin Ya Rabbal ‘Alamiiin…”

~ Aduhai Ikhwanul Muslimin….Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita…kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya…:sad:

Beristighfarlah…beristighfarlah…
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya, atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya. Maka inilah saatnya untuk kita memohon keampunan daripada mereka….marilah kita sama2 berbakti kepada orang tua kita…walaupun seumur hidup kita tidak akan mampu membalas jasa2 mereka…tetapi sekurang-kurangnya, bahagiakanlah mereka…curahkanlah kasih sayang kepada mereka…Siapa tahu, esok lusa…mereka akan pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya…Percayalah bahawa anak yang derhaka, siksanya didahulukan di dunia ini…:sad:

InsyaALLAH, mudah-mudahan rahmat ALLAH sentiasa bersama kita semua…
wallahu’alam….

Category: 0 comments

SEKADAR RENUNGAN

 
 
 
Apakah perbezaan antara mengumpat dan fitnah?

Mengumpat itu adalah perbuatan mengeji atau mengutuk orang lain di luar pengetahuan orang tersebut. Fitnah pula adalah mengada-adakan sesuatu yang tidak ada atau mengaitkan diri seseorang dengan sesuatu yang tidak benar. Ia terhasil daripada persepsi atau gambaran dan bukannya berdasarkan realiti. Rasulullah s.a.w bersabda: Tahukah kamu apa itu memfitnah?

Para sahabat berkata: “Allah dan Rasulnya lebih mengetahui”. Baginda bersabda: Memfitnah adalah mengatakan sesuatu tentang saudara (Muslim) ketika dia tidak ada dan yang dia tidak suka. Ditanya: “Wahai Rasulullah jika kekurangan itu sungguh ada dalam diri seorang Muslim, maka apa yang harus aku dikatakan?” Baginda menjawab: Jika apa yang dikatakan itu benar, maka itu adalah mengumpat. (riwayat Muslim)


Fitnah ini bukan hanya berlaku sekarang. Saidatina Aishah juga pernah difitnah, begitu juga fitnah yang membawa kepada kematian khalifah Uthman Ibn Affan. Mengapa ia berlaku?


Dalam sejarah awal Islam, fitnah adalah berbentuk perbuatan mengadu domba atau melaga-lagakan orang. Sebabnya, orang Arab ketika itu masih kuat dipengaruhi semangat assabiyah atau kedaerahan. Apabila nabi wafat, maka berlaku cubaan merampas kuasa oleh orang Muhajirin di Saqifah Bani Saad. Bagaimanapun, cubaan itu berjaya dipatahkan oleh Saidina Abu Bakar dan Umar.Selain itu, orang Yahudi menabur fitnah untuk memecah-belahkan masyarakat.Malah, pada ketika itu juga ada golongan yang ekstrem sehingga mewujudkan syiah (penyokong kuat) pemimpin tertentu seperti syiah Abu Bakar dan syiah Ali.

Dalam al-Quran, Allah berfirman, …dan ingatlah (angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada membunuh…(al-Baqarah: 191). Mengapakah begitu besar ancaman fitnah ini kepada masyarakat?


Ayat di atas menjelaskan bahaya fitnah dalam masyarakat. Antara sebabnya adalah fitnah itu boleh dibaratkan sebagai pembunuh senyap yang boleh menjadikan sesiapa sahaja mangsanya. Mangsanya pula akan tertekan dan masyarakat jadi porak peranda. Berbanding dengan membunuh, ia hanya melibatkan nyawa. Sebab itu, dalam Islam hukum merampas barang orang dan mencuri berbeza. Mencuri hukumnya lebih berat kerana ia mengambil barang orang lain secara senyap dan menyebabkan masyarakat rasa tertekan dan tidak tenteram. Walhal, merampas barang orang walaupun berdosa tetapi hukumannya adalah dengan membayar ganti rugi.

Di akhirat, orang yang menabur fitnah akan diseksa kerana ia adalah dosa besar. Bagi Muslim, perbuatan tersebut akan menghilangkan ‘status’ sebagai Muslim. Allah turut menjelaskan betapa buruknya perbuatan mengumpat dan fitnah itu menerusi firman-Nya yang bermaksud: “…dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati?…” (al-Hujurat: 12) Sedangkan Islam menyuruh umatnya menutup keburukan yang dilakukan oleh saudara sesama Muslim. Bagi mereka yang menyembunyikan keburukan ini, maka Allah akan sembunyikan keburukan mereka di akhirat. Ini dijelaskan menerusi sabda Rasulullah s.a.w.

Dalam surah al-Hujurat ayat 6, kita diingatkan supaya berhati-hati apabila menerima berita daripada orang fasik. Persoalannya, bagaimana hendak mengetahui kefasikan seseorang itu?

Pengajaran yang lebih penting dalam ayat ini adalah membudayakan berhati-hati apabila menerima berita daripada orang kita ragui. Demikian juga apabila mendapat berita sama ada melalui khidmat pesanan suara (SMS), khabar angin, tuduhan melulu atau melalui Internet yang boleh dipertikaikan kejujurannya atau ada udang di sebalik batu, maka ini juga tergolong dalam kategori fasik.


Tentang maksud fasik ini, ulama berbeza pandangan. Ada yang berkata, fasik itu ialah orang yang pernah membuat dosa besar. Satu pihak lagi mengatakan fasik itu ialah orang yang pernah melakukan dosa besar atau yang sentiasa membuat dosa besar. Ada juga berita-berita kecil yang disensasikan oleh media. Dan ada juga berlaku di mana orang yang terlibat itu seronok sebab berita tentang dirinya dapat liputan meluas. Padahal natijahnya ia menimbulkan kekacauan dalam masyarakat.Apabila masyarakat, terutama anak muda terbiasa hidup dalam suasana fitnah menjadi perkara biasa, mereka akan hilang sensitiviti. Akhirnya masyarakat jadi kucar-kacir dan menghakis idealisme perpaduan dalam Islam.

Apakah sikap dan tindakan yang perlu dilakukan oleh mangsa fitnah itu tadi?


Di dunia, mangsa berhak pertahankan diri dan minta pihak yang memfitnah itu kemukakan bukti dan kenyataan bagi menyokong kebenaran dakwaan tersebut. Dari segi doktrinnya, mereka tetap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah di mahkamah.Dari segi agama, mangsa perlu bersabar dan tidak melakukan fitnah balas kepada orang yang memfitnah atau kepada pihak ketiga. Kadang-kadang, kejadian ini adalah cubaan Allah untuk menguji keimanan seseorang. Baginda s.a.w sendiri pernah difitnah. Namun, fitnah atau tohmahan itu akan melahirkan peribadi yang lebih utuh.

Namun, jika sudah tidak mampu ditanggung atau ditahan lagi, kita akan melenting dan boleh membawa kepada kehancuran. Apabila terkena fitnah atau musibah, ia bukanlah 100 peratus keburukan. Mungkin yang kena fitnah itu akan terima sokongan ramai yang bersimpati dengannya. Barangkali juga kesulitan dan ujian Allah ini baik untuk kita sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “…Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik untuk kamu dan dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu perkara padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah) Allah jualah yang yang mengetahui semuanya itu, sedang kamu tidak mengetahuinya.” (al-Baqarah: 216).


Mari kita hayati kata-kata Imam Ghazali, “kekuatan itu bukan terletak orang yang boleh bergusti atau menang tetapi orang yang kuat ialah yang boleh menahan diri daripada bertindak liar apabila mereka dalam keadaan marah”. Kebanyakan pemimpin dunia mempunyai sifat begini. Malah dalam Islam, kita juga perlu beriman dengan qada dan qadar. Ini membolehkan kita berasa tenang dan tidak resah gelisah walau apa pun yang berlaku kerana semuanya telah ditentukan Allah. Malah pergantungan terakhir adalah pada Allah Yang Esa. Bagi budaya peradaban yang lebih tinggi, adalah dicadangkan supaya mangsa fitnah itu bersyukur kerana mujur tidak difitnah lebih besar daripada yang sekarang.

Apa pula reaksi orang Islam apabila berhadapan dengan hal sebegini?


Setiap Muslim tidak boleh terima bulat-bulat tohmahan atau fitnah yang disampaikan kecuali setelah diperiksa kesahihannya. Sebab itu Islam sangat menentang sifat jahiliah iaitu sifat yang menggunakan persepsi semata-mata untuk menentukan kebenaran atau tidak. Sebaliknya, umat Islam perlu menggunakan keyakinan data ilmiah dalam menentukan benar atau salah sesuatu berita itu.

Bagi pengikut mana-mana individu, apabila berhadapan dengan fitnah hendaklah mereka bertenang dan tidak bertindak melampau. Sebagai manusia, kita bukan maksum (terpelihara daripada dosa). Malah, apabila berlaku kematian kita menyebut Inna Lillahi wa Inna Ilaihirajiiun (dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali). Apabila mendapat nikmat pula kita menyebut Alhamdulillah (segala puji bagi Allah). Mereka yang tunjukkan reaksi bukan menunjukkan sifat Muslim yang ideal. Bukanlah langsung kita tidak boleh bereaksi spontan seperti rasa marah. Yang dilarang ialah rasa marah yang berpanjangan. Sebabnya apabila emosi menguasai, kita tidak lagi menggunakan akal. Sedangkan yang sepatutnya akal menguasai emosi atau nafsu manusia. Yang perlu kita ingat adalah apabila Allah turunkan bala, ia akan mengenai semua orang sama ada yang melakukan maksiat atau orang yang beriman.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksa-Nya.” (al-Anfal: 25).

Category: 2 comments

SABARLAH WAHAI HATI

 
 
 

 
 
Sesungguhnya setiap dugaan itu, datangnya dariMu. Berat atau ringan, nyata atau kontras.
Ya Allah, sesungguhnya hambaMu ini tidak diberikan kurniaan mulut yg boleh berbicara seperti orang lain, sekadar hati yg cuba untuk menerangkan dari sudut yg tak mungkin orang akn mendengarnya. Ku pohon dari rahmatMu, ku mohon pertolonganMu..
Wahai Tuhan yang Maha Pengasih..Maha Penyayang...
bebaskan aku dari fitnah manusia itu. Ya Rahman Ya Rahim...Jika ditakdirkan hidupku ini, tiada orang yg sudi mendengar akan kebenaranku, ku mohon dariMu Ya Allah...sesekali jgn kau jauhkan aku dari pandanganMu, hanya padaMu sebaik-baik tempat aku mencari kasih sayang. Ku yakin dengan janjiMu, Kau tidak akn menimpakan ujian ini jika beban ini tidak terpikul olehku.
Ya Rahman Ya Rahim..Tidak mengapalah jika aku dibenci manusia, sesekali jgn Kau palingkan aku dari rahmat dan keampunanMu. Aku terima takdir ini jika ini satu panggilan rinduMu untuk mendengar rintihanku. Jadikan dugaan ini satu jalan istiqamahku. Ampuni dan tunjukkan hidayahMu pada mereka. Sesungguhnya..dihati ini sezarah dan sekelumit pun tidak tersimpan dendam. Ampunkan aku Ya Allah...

SELAMANYA HATIKU DI SINI